X

Kindly register in order to view this article
!

Polis tidak tolak unsur jenayah kehilangan Sivaguru

Operasi mencari dan menyelamat mangsa di Sungai Ketil hari ini. Gambar kecil: Sivaguru
A
A

KUALA KETIL - Polis tidak menolak kemungkinan berlakunya kegiatan jenayah berdasarkan penemuan tompokan darah di dua lokasi berasingan yang ditemui dekat Taman Orkid dan jambatan Sungai Ketil semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali bagaimanapun berkata, ia hanya dapat dipastikan setelah keputusan ujian DNA darah diperoleh minggu depan.

"Kita tidak menolak kemungkinan berlaku jenayah terhadap mangsa yang hilang, Sivaguru Gopal, 32, berdasarkan penemuan tompokan darah namun siasatan dari pelbagai sudut akan diteruskan.

"Operasi mencari dan menyelamat juga diteruskan di Sungai Ketil bermula semalam sehingga hari ini, namun tiada sebarang petunjuk ditemui setakat ini," katanya selepas menyertai operasi mencari dan menyelamat hari ini.

Katanya, mangsa merupakan peniaga ayam tetapi turut menjalankan kegiatan mencari barangan lusuh sebagai pekerjaan sampingan, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah kira-kira jam 10 malam Isnin lalu.

Syed Basri (kanan) turut menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa di Sungai Ketil hari ini.
Syed Basri (kanan) turut menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa di Sungai Ketil hari ini.

"Dia selalunya pulang ke rumah sekitar jam 4 pagi selepas mencari kotak namun tidak muncul sejak Rabu lalu menyebabkan ahli keluarga membuat laporan polis berhubung kehilangannya.

"Mereka kemudian menemui lori mangsa yang penuh dengan muatan kotak di tempat pembuangan sampah dekat Taman Orkid selain ternampak kesan tompokan darah di lantai.

"Kesan tompokan darah juga ditemui ahli keluarga di atas jambatan Sungai Ketil kira-kira 1 kilometer dari lokasi lori ditemui," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Baling membabitkan pencarian sejauh enam kilometer.
Operasi mencari dan menyelamat dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Baling membabitkan pencarian sejauh enam kilometer.

Syed Basri berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini, namun dalam masa sama meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil membantu siasatan.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Baling membabitkan pencarian sejauh enam kilometer mengikut aliran sungai.

Sinar Harian semalam melaporkan terdapat beberapa tompokan darah di tempat pembuangan sampah di Taman Orkid ditemui dekat lori mangsa selain tompokan darah turut ditemui dekat besi penghadang jambatan Sungai Ketil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tompokan darah di lori pengutip sampah dilapor hilang


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!