Tompokan darah di lori pengutip sampah dilapor hilang

Kesan tompokan disyaki darah ditemui berdekatan tempat pembuangan sampah di Taman Orkid, Kuala Ketil pagi tadi.
Kesan tompokan disyaki darah ditemui berdekatan tempat pembuangan sampah di Taman Orkid, Kuala Ketil pagi tadi.
A
A
A

KUALA KETIL - Seorang pengutip barangan lusuh yang dilaporkan hilang semalam bagaimanapun, lori disyaki miliknya ditemui berdekatan tempat pembuangan tong sampah di Taman Orkid di sini pagi tadi dengan beberapa kesan tompokan darah.

Lelaki berusia 30-an itu dikatakan keluar mencari barangan lusuh di sekitar daerah ini setiap malam dan disedari hilang oleh ahli keluarga apabila tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Difahamkan, lorinya ditemui pekerja pembersihan yang melakukan rutin tugasan di lokasi kejadian kira-kira jam 8.30 pagi.

Lori disyaki milik mangsa ditemui berdekatan tempat pembuangan sampah di Taman Orkid Kuala Ketil pagi tadi.
Lori disyaki milik mangsa ditemui berdekatan tempat pembuangan sampah di Taman Orkid Kuala Ketil pagi tadi.

Menurut sumber, pada awalnya mereka menyangkakan tompokan terbabit adalah kesan bangkai haiwan, namun setelah diamati ia dipercayai darah lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali yang dihubungi mengesahkan menerima aduan.

Menurutnya, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menjalankan siasatan ke lokasi kejadian hari ini.

Polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan tompokan darah atas jambatan Sungai Ketil petang tadi.
Polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan tompokan darah atas jambatan Sungai Ketil petang tadi.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan kemudian diteruskan ke sebuah jambatan Sungai Ketil (kira-kira satu kilometer dari lokasi lori ditemui) bersempadan dengan daerah Kuala Muda di mana polis turut menemui kesan tompokan darah di atas jambatan tersebut.

"Siasatan masih dijalankan dan sampel darah dari kedua-dua lokasi telah diambil untuk dihantar ke makmal bagi mengenal pasti sama ada mempunyai kaitan dengan kehilangan mangsa ataupun tidak," katanya di sini hari ini.

Polis turut menggunakan khidmat anjing pengesan bagi menjejaki mangsa hilang.
Polis turut menggunakan khidmat anjing pengesan bagi menjejaki mangsa hilang.

Beliau berkata, polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian sehingga siasatan selesai.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati anggota polis turut menggunakan khidmat anjing pengesan serta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menjejaki lelaki berkenaan.