Macam 'gempa bumi'

Anggota bomba mengambil masa hampir lima jam untuk membersihkan pokok besar yang tumbang di Jalan Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini.
Anggota bomba mengambil masa hampir lima jam untuk membersihkan pokok besar yang tumbang di Jalan Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini.
A
A
A

TUMPAT - Macam 'gempa bumi'. Itu luahan seorang peniaga kedai makan, Halimah Hussin, 64, yang terkejut melihat sebatang pokok besar setinggi empat meter tumbang di hadapan premisnya di Jalan Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Bagaimanapun, kejadian sekitar jam 12.50 tengah hari itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Halimah berkata, ketika kejadian dia berada di dalam premis bersama anaknya.

"Mujurlah pokok itu tidak menghempap kedai makan saya, katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sebatang pokok besar setinggi empat meter tumbang di hadapan premis milik Halimah (kanan) di Jalan Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini.
Sebatang pokok besar setinggi empat meter tumbang di hadapan premis milik Halimah (kanan) di Jalan Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.53 tengah hari.

"Operasi membersihkan pokok tersebut tamat sepenuhnya pada jam 5.17 petang.

"Kami turut dibantu oleh pihak Majlis Daerah Tumpat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, seramai sembilan anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Wan Mohd Ramzi Wan Ibrahim telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, walaupun berdepan hujan namun anggota bomba tetap kental melaksanakan tugas itu hingga selesai.