Giroud azam terus ledak jaringan

Giroud meraikan kejayannnya menjaringkan empat gol berkenaan setelah tamat perlawanan
Giroud meraikan kejayannnya menjaringkan empat gol berkenaan setelah tamat perlawanan
A
A
A

PENYERANG Chelsea, Olivier Giroud berazam untuk terus meledak jaringan buat skuad The Blues itu setelah berjaya menjaringkan empat gol pada aksi Liga Juara-Juara berdepan Sevilla, semalam.

Giroud berkata, perkara berkenaan (menjaringkan gol) hanya akan dapat direalisasikan sekiranya dia diberikan peluang untuk beraksi pada perlawanan-perlawanan akan datang.

“Saya akan meneruskan tugas saya untuk menjaringkan gol selepas ini kerana ia memang sesuatu yang menggembirakan untuk berada dalam catatan sejarah kelab ini.

“Oleh itu, saya gembira kerana berjaya membantu kemenangan pasukan termasuk dengan menjaringkan empat gol kali ini,” katanya.

Terdahulu, empat jaringan penyerang Chelsea, Olivier Giroud dalam saingan Liga Juara-Juara berdepan Sevilla semalam, turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila pemain Perancis itu muncul pemain kedua Chelsea yang menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan setelah Frank Lampard melakukannya ketika berdepan Aston Villa pada Mac musim 2010 lalu.

Giroud turut muncul selaku pemain tertua menjaringkan hattrik dalam saingan Liga Juara-Juara.

Sekali gus, jaringan Giroud pada minit ke-8, 54, 74 dan 83 menerusi sepakan penalti itu dilihat mencerahkan peluang buat pemain berusia 35 tahun itu diberikan lebih banyak peluang beraksi bersama skuad The Blues itu pada masa hadapan.

Untuk rekod, penyerang berusia 34 tahun itu seringkali ‘memanaskan’ bangku simpanan dan hanya beraksi dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini dengan kehadiran Tammy Abraham dan Timo Werner yang sering menjadi pilihan untuk diturunkan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Giroud menegaskan dia mahu meraikan kejayaan menjaringkan empat gol berkenaan kerana ia nyata membanggakannya sebagai seorang pemain bola sepak.

“Apabila anda menang dengan jaringan 4-0 di gelanggang lawan dalam saingan Liga Juara-Juara ia adalah satu kemenangan yang hebat.

“Kemenangan itu juga hasil daripada aksi-aksi hebat rakan-rakan sepasukan saya dan ia nyata satu perasaan yang hebat.

“Oleh itu, biarkan saya bergembira malam ini dan selepas itu barulah kita lihat perancangan seterusnya,” katanya.