Kementerian, Zoo Negara adakan perbincangan esok

Shamsul Anuar
Shamsul Anuar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan mengadakan perbincangan mengenai pengukuhan operasi Zoo Negara esok.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pertemuan itu akan membabitkan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama pengurusan Zoo Negara.

Katanya, perbincangan itu akan membabitkan aspek tadbir urus Zoo Negara supaya lebih berdaya maju dan memastikan kebajikan hidupan liar sentiasa terpelihara.

“Kementerian juga tidak pernah ketinggalan dalam membantu Zoo Negara walaupun ia dimiliki oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan beroperasi sebagai entiti perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew bantu beri makanan untuk haiwan di Zoo Negara

Kerajaan prihatin nasib Zoo Negara

“Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar sebanyak RM1.3 juta telah disalurkan kepada Zoo Negara pada 10 April lalu untuk menampung keperluan bekalan makanan hidupan liar, pengurusan husbandri dan ubatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau lagi, diskaun 15 peratus bil elektrik secara bulanan selama enam bulan telah diberikan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) kepada Zoo Negara.

Artikel Berkaitan:

“Bantuan kepada Zoo Negara bukan sahaja dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebaliknya peruntukan kewangan telah disalurkan sejak awal penubuhan Zoo Negara.

"Setakat ini kerajaan menyediakan peruntukan lebih RM50 juta bagi pelbagai projek menaik taraf Zoo Negara sejak Rancangan Malaysia Ke-7 (RMKe-7)," katanya.