X

Kindly register in order to view this article
!

Ebit Lew bantu beri makanan untuk haiwan di Zoo Negara

Status bergambar dimuat naik Ebit Lew hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghulurkan sumbangan makanan kepada haiwan di Zoo Negara selepas dimaklumkan masalah kekurangan dana yang dihadapi pihak zoo.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, RM1 juta sebulan diperlukan untuk menampung perbelanjaan termasuk makanan haiwan dan penyelenggaraan zoo.

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Sekarang dah banyak bulan pihak Zoo Negara tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

"Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ini terus bawa 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan dan sayuran,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Makanan yang disumbangkan Ebit Lew kepada haiwan di Zoo Negara. - Foto Facebook Ebit Lew
Makanan yang disumbangkan Ebit Lew kepada haiwan di Zoo Negara. - Foto Facebook Ebit Lew

Menerusi status bergambar yang sama, Ebit turut berkongsi pengalamannya mengunjungi tempat berkenaan.

“Dulu saya sampai sini masa darjah satu. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan kepada anak haiwan-haiwan di sini,” katanya.

Pada masa sama, Ebit turut memaklumkan bahawa orang ramai yang mahu memberikan sumbangan boleh menghubungi pihak Zoo Negara.

“Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO (Badan bukan kerajaan) sahaja.

"Jadi, sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!