Peniaga rugi 'dijerat' resit palsu

Seorang penjual produk kecantikan pasrah apabila terpaksa menanggung kerugian RM4,600 selepas mendapati tiada sebarang pemindahan wang dilakukan oleh pelanggannya.
Seorang penjual produk kecantikan pasrah apabila terpaksa menanggung kerugian RM4,600 selepas mendapati tiada sebarang pemindahan wang dilakukan oleh pelanggannya.
A
A
A

KUANTAN - Seorang penjual produk kecantikan pasrah apabila terpaksa menanggung kerugian RM4,600 selepas mendapati tiada sebarang pemindahan wang dilakukan oleh pelanggannya.

Penjual berkenaan kecewa selepas menyemak akaun miliknya pada 23 November lalu apabila wanita yang dikenali sebagai Ain menghantar resit pembayaran melalui aplikasi WhatsApp.

Kejadian bermula apabila mangsa berusia 27 tahun itu menerima satu pesanan daripada suspek yang berminat untuk membeli produk kecantikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek kemudian membuat tempahan iaitu sebanyak 110 kotak produk kecantikan, 10 botol serum dan 10 bekas sunscreen yang dianggarkan berharga RM4,600.

"Pada hari yang sama, jam 8 malam, mangsa menerima gambar resit bayaran melalui pesanan aplikasi WhatsApp berjumlah RM 1,010 yang didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selepas itu suspek memaklumkan baki bayaran akan dibayar pada keesokan harinya dan mangsa bersetuju dengan permintaan tersebut.

"Pada jam 8 malam, 22 November lalu, mangsa menerima satu lagi gambar resit bayaran melalui pesanan WhatsApps berjumlah RM 2,670.

"Kemudian suspek mengatakan pindahan wang tersebut akan masuk ke akaun pengadu dalam masa tiga hari kerana membuat pindahan secara Wang Interbank Giro (IBG) dan baki akan dibuat pada keesokan harinya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian membuat penghantaran semua produk yang dipesan suspek pada 23 November lalu.

Jelasnya, penghantaran barangan itu dilakukan kerana terlalu yakin bahawa kesemua wang terbabit akan dimasukkan ke dalam akaun miliknya pada hari tersebut.

Bagaimanapun katanya, selepas penghantaran semakan dibuat dan mendapati akaun bank miliknya tiada kemasukan wang.

"Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, semalam," katanya.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan suspek dengan memperdaya mangsa dalam urusan jual beli barang di media sosial dan tidak menerima wang pembayaran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.