X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja maut ketika berkonvoi

Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan membabi10 kenderaan di Kilometer 35.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sedenak, Kulai, malam tadi.
A
A

KULAI - Seorang remaja maut dalam kemalangan melibatkan sembilan motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 35.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 10 malam itu, remaja berusia 19 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR hilang kawalan sebelum melanggar belakang kereta Toyota Camry yang sedang bergerak di lorong kiri.

Difahamkan, mangsa berkonvoi melibatkan lebih 20 buah motosikal dari Johor Bahru menuju ke arah Sedenak.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, lapan motosikal lain yang berada di belakang gagal sebelum mengelak dan melanggar antara satu sama lain.

"Remaja lelaki tersebut cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang hadir memberikan rawatan awal di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis sedang mengesan beberapa lagi mangsa yang terlibat dan sebahagiannya dirawat di hospital sama.

Jelas beliau, ketika kemalangan kumpulan penunggang motosikal tersebut bukan berlumba.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!