X

Kindly register in order to view this article
!

Tak puas hati tuntutan insurans punca kenderaan dibakar

Antara kenderaan yang terbakar di Ara Damansara, Petaling Jaya, 16 November lalu.
A
A

PETALING JAYA - Berang terhadap syarikat insurans yang menguruskan tuntutan dipercayai punca lima kenderaan dibakar dalam kejadian 16 November lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisiner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, seorang ejen insurans dipercayai dalang kes bakar kenderaan direman tiga hari untuk membantu siasatan kes.

"Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira jam 2.50 petang semalam.

"Suspek dipercayai terlibat dengan kes bakar lima kenderaan iaitu sebuah lori jenis Isuzu, sebuah kereta Proton Wira, BMW, Proton Persona dan Honda City di Jalan PJU 1A/1 Ara Damansara, 16 November lalu.

"Suspek dipercayai bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat insurans untuk membuat urusan tuntutan insuransnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara kenderaan yang terbakar di Ara Damansara, Petaling Jaya, 16 November lalu.
Antara kenderaan yang terbakar di Ara Damansara, Petaling Jaya, 16 November lalu.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sebuah resort di Genting Highland, Pahang kira-kira jam 11 malam 16 September lalu.

Suspek dipercayai terlibat tiga kes yang berlaku pada 9 Jun, 4 Julai dan 16 November berhampiran Kondominium Sri Putramas, Kuala Lumpur membabitkan lapan buah kereta jenis Mercedes Benz, Bently, Toyota dan Perodua dengan kerugian berjumlah RM190,000.

Siasatan juga mendapati suspek ini memiliki dua rekod lampau bersabit kes tipu dan judi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!