Najib akui tak pernah bayar RM90j kepada Abdul Hadi

Paparan Facebook Najib
Paparan Facebook Najib
A
A
A

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil menjelaskan bahawa beliau tidak pernah membayar RM90 juta kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau kepada parti Islam itu.

Najib mempertahankan kenyataannya dengan mengemukakan bahawa pihak bekuasa di bawah kerajaan PH sudah membuat siasatan yang sangat teliti terhadap akaun miliknya dan juga Umno.

“Saya tidak pernah membayar RM90 juta kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau kepada parti Pas.

“Perlu diingat bahawa pihak berkuasa di bawah kerajaan PH sudah membuat siasatan yang sangat teliti terhadap akaun-akaun saya dan Umno sejak PRU14, iaitu hampir sembilan bulan dahulu.

“Jika benar ada sebarang bayaran dari saya ataupun dari Umno, sudah tentu kerajaan PH akan mengambil kesempatan untuk membeku akaun bank Presiden Pas ataupun akaun parti Pas,” katanya menerusi entri Facebooknya.

Hal demikian, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, adalah amat tidak adil untuk Pas diserang dan difitnah berterusan tentang isu ini.

Artikel Berkaitan: