X

Kindly register in order to view this article
!

TDM Berhad kembali tersenarai sekuriti patuh syariah

Raja Idris Raja Kamaruddin
A
A

KUALA TERENGGANU – Anak syarikat kerajaan Terengganu, TDM Berhad dimasukkan semula ke dalam senarai sekuriti Patuh Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bersama 34 syarikat perladangan lain yang sudah berada dalam senarai.

Pengerusi TDM Berhad, Datuk Raja Idris Raja Kamaruddin berkata, senarai sekuriti patuh syariah terkini yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) SC itu akan berkuat kuasa bermula hari ini.

“Pengiktirafan semula TDM sebagai organisasi patuh syariah mengukuhkan lagi jaminan kepada pelabur dan pihak berkepentingan bahawa perniagaan syarikat mematuhi kriteria ditetapkan oleh Metodologi Saringan Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan TDM dikecualikan dari senarai patuh syariah pada tahun 2015 kerana tidak mematuhi tanda aras berasaskan aktiviti yang disemak semula di mana had yang dibenarkan diperketatkan kepada lima peratus daripada 10 peratus.

Pada Oktober 2018, TDM Berhad telah menyusun 'IDR Note' dan 'Credit Linked Note' mengikut tetapan tanda aras yang disemak semula dan bermula hari ini, TDM merupakan salah satu daripada 715 saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Kumpulan TDM kini memberi fokus kepada strategi dan pelan kesinambungan perniagaan untuk mengembangkan perniagaan syarikat.

Dengan pengambilalihan TDMYT Plantation Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai THP-YT Plantation Sdn Bhd, TDM kini memiliki 17 ladang kelapa sawit, tiga kilang, tiga kilang Bio-Organik dan tiga loji Biogas yang terletak di Terengganu serta Indonesia.

Selain perladangan, Kumpulan TDM juga aktif dalam bidang penjagaan kesihatan melalui anak syarikatnya, Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMIHealthcare) yang menguruskan empat hospital pakar iaitu Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTSH), Kuantan Medical Centre (KMC), Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) and Taman Desa Medical Centre (TDMC).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!