X

Kindly register in order to view this article
!

Lapan maut bot pendatang karam di Sepanyol

Lapan pendatang maut dan 28 yang lain selamat. - Agensi
A
A

ARGUINEGUIN - Sekurang-kurangnya lapan maut apabila sebuah bot membawa pendatang dilaporkan terbalik di luar pantai Lanzarote di Pulau Canary, kata perkhidmatan kecemasan, hari ini.

Awalnya, pasukan penyelamat memberikan angka kematian seramai empat orang selepas bot pendatang itu karam di luar pantai Orzola, sebuah kampung terletak di hujung utara pulau Lanzarote kira-kira jam 7.30 petang waktu tempatan semalam.

Namun, mereka kemudian menjumpai empat lagi mayat di lokasi sama.

Bot membawa pendatang karam di luar pantai Sepanyol. - Agensi
Bot membawa pendatang karam di luar pantai Sepanyol. - Agensi

Ketua pasukan kecemasan Lanzarote, Enrique Espinosa berkata, seramai 28 pendatang lain terselamat dan mereka memberitahu bahawa bot mereka telah belayar selama tiga hari hari dari pelabuhan Agadir di Magribi iaitu kira-kira 420 kilometer dari sini.

Setakat ini, lebih 18,000 orang telah mendarat di kepulauan Sepanyol sejak awal tahun 2020 dan Sepanyol sedang dalam proses mendirikan kem kecemasan bagi memuatkan 7,000 orang. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!