AES: PH ambil kesempatan tipu rakyat

AES
AES
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perjuangan PH membantah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ketika menjadi pembangkang hanyalah penipuan terhadap rakyat demi meraih sokongan.

Naib Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya, Dazma Shah Daud berkata, umum maklum sebelum PRU14 lalu, PH benar-benar membantah AES yang dilaksanakan oleh kerajaan BN, namun kini ternyata ia satu penipuan.

“Kita tahu sebelum PRU14, PH bersungguh-sungguh membantah sistem AES yang dilaksanakan oleh kerajaan BN, nampaknya mereka hanya mengambil kesempatan dengan menipu rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN:AES: Memang dulu bantah tapi sekarang...

ARTIKEL BERKAITAN:AES: Mahfuz tak mahu layan kritikan Najib

“Kononnya jika mereka menang PRU14, sistem AES ini akan dihapuskan dan tidak lagi menekan rakyat. Tapi bila dah menang sekarang bukan sekadar mengiakan AES ini sistem terbaik malah menambah 11 unit lagi di kawasan-kawasan tertentu,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Dazma Shah, PH kini terang-terang menimbulkan keresahan rakyat.

Sudahlah janji tidak ditunaikan, malah rakyat dibebankan lagi dengan saman tanpa diskaun.

Artikel Berkaitan:

“Kalau betul PH rasa sistem AES ini baik untuk mengurangkan kadar kemalangan, laksana dulu apa yang sudah ada. Tingkatkan kempen kesedaran.

“Bukannya menekan rakyat dengan saman dan tambah kamera,” ujarnya.