Tentera Israel lancar serangan udara ke atas Syria

Gambar fail menunjukkan serangan udara tentera Israel di pinggir Damsyik. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan serangan udara tentera Israel di pinggir Damsyik. - Foto AFP
A
A
A

DAMSYIK - [DIKEMAS KINI] Tentera Israel melancarkan satu serangan udara ke atas Syria, lapor media kerajaan negara itu.

"Pada jam 11.50 malam (Selasa lalu) rejim Zionis melancarkan satu serangan dari arah Bukit Golan yang didudukinya ke arah selatan Damsyik," kata satu sumber ketenteraan Syria yang memetik agensi berita SANA.

Sumber itu bagaimanapun menyatakan tidak ada kecederaan atau kematian akibat serangan tersebut.

Terdahulu, SANA melaporkan satu tindakan agresif dilakukan oleh Israel di kawasan Jabal al-Manea di wilayah Damsyik.

Ia turut menyatakan sebuah lagi kampung berhampiran Rwihinah di wilayah selatan Quneitra dekat Bukit Golan turut diserang oleh tentera Israel.

Israel telah melancarkan ratusan serangan udara dan peluru berpandu di Syria sejak peperangan saudara berlaku di negara tersebut pada tahun 2011.

Tentera rejim Zionis itu menyasarkan pasukan pejuang yang mendapat sokongan Iran dan Hezbollah termasuk tentera kerajaan Syria.

Pada minggu lalu, jet-jet pejuang tentera Israel melancarkan serangan ke atas sasaran kumpulan bersenjata yang mendapat sokongan Iran di negara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ia merupakan serangan balas rejim Zionis selepas bahan-bahan letupan ditemui dekat salah satu pangkalannya di Bukit Golan yang dikuasai Israel.

Menurut SANA, serangan balas itu menyebabkan tiga askar Syria terbunuh manakala sebuah badan Pemantau Untuk Hak-Hak Asasi Manusia Syria yang beribu pejabat di

Britain menyatakan tujuh orang yang bersekutu dengan pejuang-pejuang asing turut terbunuh.

Pada malam Sabtu lalu, satu serangan udara dipercayai dilakukan tentera Israel membunuh 14 pejuang militia pro-Iran dari Iraq dan Afghanistan di timur Syria, kata

badan pemantau tersebut.

Perang saudara di negara tersebut telah membunuh 380,000 orang dan menyebabkan berjuta-juta orang lagi hilang tempat tinggal sejak ia bermula pada tahun 2011

ekoran tindakan kerajaan Syria memerangi protes antikerajaan. - AFP