Polis rampas daun ketum, ubat batuk dalam lori ais

Abdullah (kiri) bersama pegawainya menunjukkan daun ketum sebanyak 1.6 tan yang berjaya dirampas menerusi Ops Selamat 14 sempena Tahun Baru Cina.
Abdullah (kiri) bersama pegawainya menunjukkan daun ketum sebanyak 1.6 tan yang berjaya dirampas menerusi Ops Selamat 14 sempena Tahun Baru Cina.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang pemandu lori ais dicekup bersama 1.6 tan daun ketum dan 1,700 botol ubat batuk semasa Ops Selamat 14 sempena Tahun Baru Cina di Jalan Pasir Mas-Pasir Pekan berhampiran sebuah pasar raya di sini pada 31 Januari lalu.

Lelaki berusia 32 tahun turut positif dadah jenis Methapitamine hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisoner Abdullah Mohammad Piah berkata, rampasan kedua-dua bahan terlarang itu membabitkan nilai RM70,100.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas lori ais berkenaan membawa kepada penemuan 1.6 tan daun ketum hidup.

"Bukan itu sahaja, kita turut menemui 1,700 botol ubat batuk di dalam lori berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati daun ketum dan ubat batuk itu dibawa dari utara tanah air ke Jertih, Terengganu.

Katanya, suspek dipercayai mendapat upah RM500 untuk membawa bahan terlarang itu ke Jertih.

Artikel Berkaitan: