China lancar misi bawa pulang batu Bulan

Roket Long March 5 yang membawa kapal angkasa Chang'e 5 berlepas dari Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang di Pulau Hainan ke Bulan awal pagi ini. - Foto AFP
Roket Long March 5 yang membawa kapal angkasa Chang'e 5 berlepas dari Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang di Pulau Hainan ke Bulan awal pagi ini. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - China hari ini melancarkan sebuah kapal angkasa yang tidak dipandu oleh manusia untuk membawa balik batu dan tanah Bulan ke Bumi untuk dikaji bagi mengetahui asal kejadiannya.

Ia merupakan percubaan pertama dari sebuah negara yang berusaha membawa pulang sampel Bulan ke Bumi dalam tempoh empat dekad.

Sebuah roket, Long March 5 yang membawa kapal angkasa Chang'e 5 berlepas dari Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang di Pulau Hainan selatan negara tersebut pada jam 4.30 pagi waktu tempatan, lapor agensi berita Xinhua.

Misi pelancaran itu ialah untuk membawa pulang ke Bumi dan mengkaji batu-batu dan tanah di Bulan bagi membantu para saintis mempelajari tentang kejadian dan permukaannya.

Sejumlah orang ramai dilaporkan menyaksikan roket itu berlepas ke angkasa lepas.

Misi itu pada awalnya mahu dilaksanakan pada tahun 2017 tetapi ditangguhkan berikutan kegagalan enjin roket tersebut.

Jika berjaya, China akan menjadi satu-satunya negara dunia ketiga yang berjaya membawa pulang batu-batu dan tanah di Bulan ke Bumi.

Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet yang kini Rusia berjaya membawa sampel dari Bulan ke Bumi dari tahun 1960an dan 1970an.

Artikel Berkaitan:

Kapal angkasa China itu akan mengambil sampel tersebut di kawasan permukaan Bulan belum lagi diteroka iaitu di Oceanus Procellarum bermaksud "Lautan Ribut" yang mengandungi dataran lahar, menurut jurnal Nature.

Ia dijangka mendarat di Bulan pada lewat bulan ini dan dijangka kembali pulang ke Bumi pada awal Disember depan.

Kapal angkasa itu dijadualkan mendarat di Inner Mongolia, lapor agensi angkasa lepas AS, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan.

Misi itu secara teknikalnya mencabar dan melibatkan beberapa inovasi yang tidak dapat dilihat semasa percubaan membawa pulang batu-batu bulan ke Bumi, kata seorang pakar astronomi di Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian di AS, Jonathan McDowell. - AFP