GSA AS sedia mulakan proses peralihan kuasa Presiden Amerika

Joe Biden
Joe Biden
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) Amerika Syarikat (AS) pada Isnin dikatakan sudah bersedia untuk memulakan proses peralihan kuasa Presiden Amerika secara rasmi, lapor agensi berita Xinhua.

Pentadbir GSA, Emily Murphy memaklumkan perkara itu kepada bakal presiden Joe Biden menerusi sepucuk surat.

Kandungan surat itu antara lain berbunyi walaupun "perkembangan terkini melibatkan cabaran undang-undang dan pengesahan keputusan pilihan raya, saya membuat keputusan secara bebas, berdasarkan undang-undang dan fakta yang ada."

Presiden, Donald Trump menerusi Twitternya pada hari sama mengesyorkan GSA "melakukan apa yang perlu berkaitan dengan protokol awal" dan telah mengarahkan pasukannya untuk mempermudah proses peralihan pentadbiran kepada Biden, walaupun masih enggan mengaku kalah.

"Kes kami kuat, kami akan terus berjuang dan saya yakin akan menang!" kata Trump.

Bagaimanapun, katanya, memberi laluan untuk membolehkan proses peralihan pentadbiran bermula adalah "demi kepentingan negara kita". - Bernama

Artikel Berkaitan: