Dua beranak parah kemalangan


Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan tersebut.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan tersebut.
A
A
A

BATANG KALI - [DIKEMASKINI] Tayar kiri hadapan pecah menyebabkan dua kenderaan bertembung di selekoh Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi, tayar kereta Volkswagen Passat yang pecah mengakibatkan kenderaan tersebut terbabas memasuki laluan bertentangan di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kereta yang dalam perjalanan dari Selayang menuju ke Gohtong Jaya itu melanggar sebuah lagi kereta Perodua Viva di laluan berkenaan.

"Perlanggaran mengakibatkan pemandu Volkswagen berusia 21 tahun cedera ringan manakala pemandu Viva berusia 32 tahun dan penumpang berusia 63 tahun parah di kepala.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Kamil Hamadan berkata, tujuh anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 8.15 pagi.

Menurutnya, dua mangsa dalam kereta Perodua Viva tersepit manakala seorang kanak-kanak berusia tiga tahun tidak cedera namun masih trauma.

"Anggota operasi melakukan kerja menyelamat mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Artikel Berkaitan:

"Manakala dua mangsa menaiki Volkswagen itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Mangsa menaiki Perodua Viva yang parah dikenal pasti sebagai Muty Othaman dan Nur Ain Muty.

"Perlanggaran mengakibatkan pemandu Volkswagen berusia 21 tahun cedera ringan manakala pemandu Viva berusia 32 tahun dan penumpang berusia 63 tahun parah di kepala.