Kaji keperluan laksana PKPB hingga akhir tahun

Mohd Redzuan pada sesi Perbahasan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Redzuan pada sesi Perbahasan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneliti dan mengkaji keperluan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga akhir tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, bagaimanapun perkara itu akan dilakukan dengan melihat trend peningkatan membabitkan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini.

“PKPB dilaksanakan berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di setiap kawasan terbabit, termasuk mengambil kira jumlah kes positif dan kadar kebolehjangkitan dalam lokaliti berkenaan.

“Pada masa sama, tindakan membendung penularan perlu dilaksanakan bagi mencegah dan mengurangkan kes Covid-19 seminimum yang boleh atau sehingga sifar kes melalui PKPB,” katanya dalam sesi Perbahasan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021, Mohd Redzuan berkata, kerajaan sentiasa mengambil maklum keperitan rakyat dalam menempuhi kemerosotan ekonomi akibat pandemik itu.

“Oleh itu, prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dikemas kini dari masa ke masa dan ditambah baik mengikut keperluan rakyat,” katanya.

Pada 14 November lalu, kerajaan melaksanakan PKPB selama dua minggu di Lembah Klang berikutan peningkatan kes Covid-19 dan perintah itu dilanjutkan beberapa kali dan dijangka berakhir pada 6 Disember ini.

Artikel Berkaitan: