Dua pelanggan positif Covid-19, restoran diarah tutup

Kawasan premis yang telah menjalani pemeriksaan dan proses sanitasi semalam.
Kawasan premis yang telah menjalani pemeriksaan dan proses sanitasi semalam.
A
A
A

RAUB - Sebuah restoran masakan panas di sini ditutup sementara waktu bermula semalam hingga 30 November ini berikutan dua pelanggan lelaki didapati positif koronavirus (Covid-19).

Wakil restoran terbabit yang enggan dikenali memberitahu, pihaknya hanya mendapat maklumat tersebut semalam selepas menerima panggilan telefon daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Raub dan diarahkan tutup serta-merta bermula semalam.

Menurutnya, sembilan pekerja termasuk dirinya telah menjalani ujian swab Covid-19 hari ini dan telah mengambil tindakan kuarantin diri sejak semalam.

"Dua pelanggan terbabit dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan telah singgah ke restoran ini pada Selasa lalu.

"Kawasan premis ini telah menjalani pemeriksaan dan proses sanitasi semalam oleh pihak PKD Raub," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya sedikit terkilan kerana dituduh menjadi penyebar sedangkan mereka hanya mencari rezeki dan tidak mengetahui dua pelanggan terbabit positif Covid-19.

Difahamkan restoran itu telah beroperasi di lokasi terbabit sejak lima tahun lalu.

Artikel Berkaitan: