Pekerja kilang maut tersepit mesin

Mangsa berusia 35 tahun dan merupakan warga Myanmar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa berusia 35 tahun dan merupakan warga Myanmar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Seorang pekerja maut akibat tersepit pada sebuah mesin ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Kawasan Perindustrian Bercham sini semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, Aye Soe, 35, seorang warga Myanmar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika kejadian, mangsa sedang mencuci lebihan lateks yang melekat pada acuan sarung tangan.

"Kejadian itu disedari bapa saudara mangsa juga warga Myanmar sebelum memaklumkan kepada penyelia kilang.

"Pegawai kesihatan yang hadir ke lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya.

Sinar Harian dimaklumkan, kejadian itu kini dalam siasatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dan satu kenyataan berhubung siasatan berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: