Visi Pasca APEC 2020 lakar sejarah: Pemuda UMNO

Dialog yang julung-julung kali diadakan secara maya menyediakan platform untuk para pegawai APEC berkongsi pandangan mengenai strategi berkaitan polisi sekuriti makanan dalam menghadapi ancaman pandemik Covid-19.
Dialog yang julung-julung kali diadakan secara maya menyediakan platform untuk para pegawai APEC berkongsi pandangan mengenai strategi berkaitan polisi sekuriti makanan dalam menghadapi ancaman pandemik Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menzahirkan ucapan tahniah kepada Malaysia di atas usaha dan komitmen penuh dalam merangka visi Pasca APEC 2020.

Pengerusi Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham berkata, pencapaian itu sememangnya telah melakar sejarah baharu dengan menjadikan negara Malaysia antara negara pertama yang menganjurkan persidangan tersebut secara maya.

Pada masa sama, beliau berharap melalui pembukaan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) 2020 yang bakal berlangsung malam ini memperoleh kata sepakat daripada semua pemimpin APEC untuk merumuskan visi itu yang bakal menggantikan matlamat Bogor.

“Antara visi Pasca-APEC 2020 ialah menambah baik naratif perdagangan dan pelaburan. Kedua, penyertaan ekonomi yang inklusif melalui digital ekonomi dan teknologi.

“Ketiga, memacu kelestarian inovatif yang dijangka bakal menjadi tonik kejayaan dalam membentuk struktur ekonomi yang lebih mampan dan meningkatkan kelestarian fiskal yang lebih berdaya tahan untuk jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikmal Hazlan
Ikmal Hazlan

Sehubungan itu, beliau berkata, melalui visi tersebut, Malaysia bakal memperoleh manfaat dan dapat mengukuhkan lagi hubungan perniagaannya dengan negara anggota APEC.

Katanya, visi itu juga bakal mendokong Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang telah ditandatangani oleh Malaysia tempoh hari.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, ia juga bakal memangkin ekonomi digital negara dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.

“Di bawah falsafah 'Perkongsian Kemakmuran', visi ini turut memberi tumpuan untuk membuka lebih banyak ruang pembangunan yang lebih insklusif agar ia dinikmati oleh segenap masyarakat di dalam komuniti Asia Pasifik,” kata Ikmal.