Musa Hassan sokong sistem penggiliran jawatan sensitif PDRM

MUSA HASSAN
MUSA HASSAN
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyokong pelaksanaan sistem penggiliran bagi jawatan sensitif dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh setiap kurang tiga tahun.

Beliau berkata, langkah itu dapat mengelakkan pegawai polis rapat dengan sindiket jenayah atau berlaku salah guna kuasa.

Menurutnya, pendekatan sama pernah dilaksanakan beliau ketika berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara pada 12 November 2006 hingga 12 September 2010.

“Langkah ini bagus kerana dapat elak pegawai polis mengenali atau rapat dengan sindiket seperti sindiket Macau Scam apabila mereka ditukar setiap kurang tiga tahun.

“Bagaimanapun, dalam pelaksanaan langkah ini, pemantauan perlu juga dilakukan bagi memastikan keberkesanan sistem ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian kelmarin.

Mengulas lanjut, Musa berkata, ketika beliau masih berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara, bahagian tatatertib PDRM ketika itu diarah untuk melakukan pemantauan terhadap mereka yang menggalas jawatan tersebut.

“Ketika itu juga, PDRM turut menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan agar kerjasama bersama SPRM dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: