Aliran trafik menuju utara perlahan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan malam ini berikutan orang ramai mula bercuti dan pulang ke kampung sempena cuti sekolah dan perayaan Tahun Baharu Cina.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, setakat 11 malam ini, aliran trafik di bahagian utara perlahan dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering di kawasan mendaki Bukit Berapit.

"Turut perlahan di kawasan Alor Pongsu, Perak ke Bandar Baharu, Kedah akibat kemalangan kecil di KM 179.2. Bagaimanapun, tiada lorong terhalang manakala bagi arah selatan, trafik dilapor lancar di kedua-dua arah,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilapor lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan: