Warga Bangladesh maut dihempap jentolak

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja penyelenggara jentera warga Bangladesh maut dihempap jentolak di sebuah kawasan kitar semula di Jalan Emas, Chan Sow Lin di sini, hari ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Md Sharif, 32, itu mati di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah di badan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Mohd Zain Abdullah berkata, lelaki itu dikatakan sedang membaiki jentera berkenaan apabila jentolak itu tiba-tiba bergerak dan menghempapnya.

“Kami menerima panggilan pada pukul 7.10 petang dan mayat lelaki itu ditemui di bahagian bawah jentolak,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: