Mayat atas Jalan Bangsar ada kesan tetak

Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan pada anggota badan di Jalan Bangsar menghala Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini.
Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan pada anggota badan di Jalan Bangsar menghala Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan pada anggota badan di Jalan Bangsar menghala Pantai Dalam di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.38 pagi berkenaan penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi terbabit.

"Siasatan awal mendapati mangsa berusia lingkungan 30-an itu mengalami kecederaan dengan kesan senjata tajam di beberapa anggota badan.

“Tiada dokumen pengenalan diri mangsa dan senjata yang digunakan suspek ditemui di lokasi kejadian," katanya dalam sayu kenyataan hari ini.

Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan pada anggota badan di Jalan Bangsar menghala Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini.
Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan pada anggota badan di Jalan Bangsar menghala Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengesan latar belakang dan waris mangsa selain motif kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, info trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ITIS DBKL) melalui Twitter memaklumkan penutupan jalan berkenaan berikutan penemuan mayat lelaki di laluan terbabit.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat kes bunuh, laluan di Jalan Bangsar ditutup