Langgar SOP: Dua pembantu jualan kena kompaun

Anggota polis melakukan pemeriksaan di sebuah premis di bandar Kuala Lipis hari ini.
Anggota polis melakukan pemeriksaan di sebuah premis di bandar Kuala Lipis hari ini.
A
A
A

LIPIS - Dua pembantu jualan dikenakan kompaun RM1,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika memasuki sebuah bank di Kuala Lipis di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, wanita berusia 22 tahun dan lelaki berusia 21 tahun itu memasuki premis terbabit tetapi tidak mendaftar nama, tidak menyukat suhu badan dan tidak menggunakan cecair pembasmi kuman pada tangan.

Berikutan itu, katanya, kedua-duanya dikenakan kompaun di bawah Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Mereka ditahan ketika operasi pemantauan Ops Covid-19 sempena Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di daerah tersebut.

"Kedua-duanya dikesan gagal mematuhi SOP dan kompaun dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azli sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan ketika masuk ke dalam premis awam di daerah ini.

Artikel Berkaitan: