‘Kerjasama Umno-Pas beri keuntungan kepada Islam’

Umno-Pas
Umno-Pas
A
A
A

SUNGAI DUA - Kerjasama antara Umno dan Pas sejak akhir-akhir ini dilihat memberi kesan bukan sahaja survival politik malah kepada masyarakat Melayu keseluruhannya.

Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Muhammad Yusoff Mohd Noor berkata, impak positif menyatupadukan masyarakat Melayu dan mengeratkan ukhuwah kedua-dua parti sekali gus mengelakkan daripada timbulnya perpecahan.

“Jika dahulu kita lihat ada perpecahan kepartian antara orang Melayu, jadi apabila ada penyatuan kerjasama masyarakat kembali bersatu dan berpadu antara Melayu.

“Secara asasnya ia membawa kepada kesan positif apabila ia membawa kepada kekuatan penyatuan orang Melayu dalam mempertahankan hak Melayu dan Islam secara amnya,” katanya kepada Sinar Harian dalam sidang media di pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor.

Menurutnya, jika dahulu Umno dan Pas masing-masing memfokuskan perjuangan masing-masing, kini arah dan tujuan dapat diselarikan dan disepadukan.

“Bila wujudnya kerjasama kita lihat ke arah mempertahankan agama Islam dan Melayu diberi lebih kekuatan kelebihan selain lebih fokus kepada satu matlamat dalam memartabatkan agama dan bangsa. Malahan ia juga diusahakan secara bersungguh dan serius kalau tidak ia tak fokus,” katanya.

Muhammad Yusoff berkata, kerjasama antara kedua parti dari sudut politik sebenarnya memberikan kelebihan kepada ekonomi orang Melayu dan Islam secara keseluruhannya.

“Sekali gus dengan kerjasama ia akan mengukuhkan rangkaian ekonomi kalangan orang Melayu Islam. Sebab apa kita lihat sekarang ini, penguasaan orang Melayu dan Islam secara keseluruhan dalam soal ekonomi belum mencapai tahap yang sepatutnya.

Artikel Berkaitan:

“Sekiranya berpecah belah, matlamat tidak dapat diselarikan, malah ia turut menjejaskan aspek lain terutamanya ekonomi. Ini yang kita tidak mahu.

Bukan itu saja, ikatan ukhuwah satu perkara dituntut dalam Islam dan kita sememangnya digalakkan untuk menjaga hubungan silaturahim,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!