Lagi jumpa najis lipas

Rashidi (tengah) bersama Danial (kiri) ketika turut serta dalam operasi mengejut premis makanan di Shah Alam.
Rashidi (tengah) bersama Danial (kiri) ketika turut serta dalam operasi mengejut premis makanan di Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga lagi premis makanan di sekitar Seksyen 7 diarah tutup dan menghentikan operasi serta merta oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah didapati beroperasi dalam keadaan tidak bersih dalam satu operasi, malam tadi.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, notis penutupan operasi terhadap ketiga-tiga premis berkenaan dikeluarkan setelah pihaknya mendapati terdapat kehadiran najis lipas dalam kawasan penyediaan makanan.

Katanya, notis penutupan operasi dikeluarkan mengikut peruntukkan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tahap kebersihan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MBSA.

"Dalam operasi mengejut malam ini (malam tadi), pihak MBSA telah memeriksa lebih lima premis makanan di sekitar Seksyen 7 Shah Alam. Kita juga menemui najis lipas dalam kawasan penyediaan makanan di tiga premis terlibat.

"Pihak MBSA telah mengeluarkan notis penutupan serta merta terhadap ketiga-tiga premis terbabit," katanya kepada pemberita ketika menyertai operasi berkenaan.

Turut menyertai operasi berkenaan ialah Ahli Majlis MBSA, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid.

Dalam operasi sama, Rashid berkata pihak MBSA turut mengeluarkan tujuh notis serta enam kompaun terhadap premis yang diperiksa atas beberapa kesalahan.

"Selain daripada notis penutupan, kita juga menyita tiga gerai, 45 meja dan 129 kerusi atas beberapa kesalahan termasuk menghalang laluan pejalan kaki serta tiada permit.

Artikel Berkaitan:

"Kompaun dikeluarkan pula di bawah Undang-undang Kecil Establisymen Makanan MBSA 2007 dan Undang-undang Kecil Pelesenan, Perniagaan, Perindustrian MBSA 2007," katanya.