Manis Muka dikebumikan di Semporna

Jenazah Manis Muka tiba di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk disembahyangkan sebelum di bawa ke Semporna untuk kebumikan di perkarangan Masjid Ar Rahim, Kampung Bugaya hari ini.
Jenazah Manis Muka tiba di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk disembahyangkan sebelum di bawa ke Semporna untuk kebumikan di perkarangan Masjid Ar Rahim, Kampung Bugaya hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah akan dikebumikan di pekarangan Masjid Ar Rahim, Kampung Bugaya, Semporna hari ini.

Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah yang tiba dari Hospital Gleneagles dibawa ke Masjid Bandaraya pada jam 3.30 petang untuk dimandikan dan dikafankan serta disembahyangkan di masjid berkenaan.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Semporna melalui jalan darat hari ini untuk dikebumikan.

Ahli keluarga terdekat dan sahabat handai dilihat hadir di pekarangan Masjid Bandaraya bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Turut kelihatan hadir termasuk ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong.

Manis Muka yang berusia 65 tahun dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Gleneagles malam tadi akibat sakit buah pinggang.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Bugaya meninggal dunia sakit buah pinggang

Artikel Berkaitan: