Bagi alasan lupa letak harga

Azman mengetuai pemeriksaan harga barang kawalan sempena Tahun Baharu Cina di pasar berkenaan.
Azman mengetuai pemeriksaan harga barang kawalan sempena Tahun Baharu Cina di pasar berkenaan.
A
A
A
RAWANG - Alasan lupa meletakkan tanda harga tidak akan mengecualikan peniaga daripada dikenakan tindakan kompaun 'on the spot'.

Kesalahan tersebut dikesan ketika pemeriksaan Skim Kawalan Musim Perayaan Tahun Baru Cina di Pasar Awam Country Homes dekat sini, semalam.

Pemeriksaan diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Kubu Bharu, Ahmad Zambri Che Long berkata, lapan kompuan dikeluarkan bagi kesalahan gagal mempamerkan tanda harga barang kawalan.

Menurutnya, dua lagi membabitkan alat timbang tamat tempoh dan kesemua peniaga terbabit dikehendaki membayar RM100 setiap kompaun.

"Kesemua kompaun berjumlah RM1,000 dan peniaga kehendaki membayar terus kompaun tersebut ketika pemeriksaan dilakukan.

"Tiada kompromi kerana peniaga sedia maklum peraturan meletakkan tanda harga barang kawalan maka sepatutnya tiada alasan terlupa untuk berbuat demikian.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati tiada peniaga di pasar ini yang menjual barang melebihi harga kawalan dan mematuhi kadar ditetapkan," katanya.

Ahmad Zambri berkata, KPDNHEP menyenaraikan 13 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2019 bermula 30 Januari hingga 8 Februari ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, barang kering, hasil laut dan daging babi.

"Dalam tempoh kawalan harga selama 10 hari ini, harga barangan yang disenaraikan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011.

"Penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian bagi penguatkuasaan kawalan harga lebih berkesan untuk memastikan harga yang berpatutan," katanya.