Hina Agong: Pihak berkuasa jangan bertolak ansur

Kepimpinan Umno Pahang membuat laporan polis terhadap individu yang menghina Yang Dipertuan Agong.
Kepimpinan Umno Pahang membuat laporan polis terhadap individu yang menghina Yang Dipertuan Agong.
A
A
A

KUANTAN - Umno Maran membuat laporan polis terhadap pemilik Facebook menggunakan nama Desmond Yongkor atas dakwaan menghina Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah.

Ketuanya, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, jam 8.30 malam tadi.

Menurutnya, tindakan itu diambil agar pemilik Facebook berkenaan dikenakan tindakan tegas atas tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab itu.

“Pihak berkuasa tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang penghinaan dilakukan mana-mana individu terhadap Yang Dipertuan Agong dan juga Institusi Raja-Raja Melayu," kata Adun Kuala Sentul ini yang juga Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Artikel Berkaitan: