Agong zahir takziah kepada keluarga Khairi Mohamad
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada balu dan seluruh keluarga perintis penerbangan awam negara, Allahyarham Kapten Datuk Khairi Mohamad yang meninggal dunia Khamis lepas.
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu itu.
"Seri Paduka Baginda juga amat menyanjung tinggi dan menghargai khidmat bakti serta jasa Allahyarham kepada negara dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara dan dunia penerbangan tempatan.
“Al-Sultan Abdullah mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan para solihin,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Khairi merupakan juruterbang Melayu kedua, selepas Allahyarham Kapten Hassan Ahmad yang telah berkhidmat bersama syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines.
Allahyarham juga merupakan salah seorang kapten yang terus berkhidmat bersama Malaysia Airlines selepas syarikat penerbangan itu berpisah dengan Malaysia - Singapore Airline (MSA) pada 1972.
Khairi dinaikkan pangkat sebagai Kapten setelah memperoleh Airline Transport Pilot’s Licence (ATPL) pada 1968 dan jawatan akhir Allahyarham bersama syarikat penerbangan berkenaan ialah Pengarah Operasi Penerbangan.
“Allahyarham merupakan juruterbang yang sangat berdedikasi dan berpengalaman serta jurulatih penerbangan yang telah melahirkan ramai juruterbang muda,” menurut kenyataan itu lagi.
Allahyarham Khairi, 80, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis akibat kanser hati dan komplikasi buah pinggang. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Tiada istilah 'hackers' jaga Malaysia
10 November 2026 08:30amJualan Gudang Karangkraf tamat selepas 11 hari
09 November 2026 06:52pmBanjir: PM umum bantuan tambahan RM2,500 untuk ketua isi rumah di Selangor
09 November 2026 05:42pmAmaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di empat negeri hingga Rabu
09 November 2026 03:12pmTiga maut disambar petir
09 November 2026 05:44pmDulu 'mak guard', kini miliki harta RM77.4 bilion
09 November 2026 03:59pm8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air
10 November 2026 07:05amTragedi dipanah petir: Mangsa merupakan dua beradik dan sepupu, sering habiskan masa bersama
09 November 2026 10:02pm- Iklan -- Iklan -
