Mercun bernilai lebih RM5,000 dirampas

Gambar hiasan. Gambar kecil: Osman
Gambar hiasan. Gambar kecil: Osman
A
A
A

TAIPING - Polis merampas lebih 10 kotak dan 80 bungkusan pelbagai jenis mercun bernilai lebih RM5,000 dalam satu serbuan di hadapan sebuah premis di Jalan Taming Sari di sini semalam.

Operasi oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sekitar jam 4.30 petang itu turut menahan seorang lelaki berusia 54 tahun.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, antara mercun yang dirampas termasuk jenis cake, 'Happy Boom Peacock Fountain', mercun papan, mercun bola.

"Turut dirampas mercun jenis 'Poco Coco Rockets', bunga api jenis 'Happy Boom', Magical Shot' dan ‘Happy Boom Red Cracker’ dipercayai untuk kegunaan musim perayaan ini.

"Pemeriksaan mendapati, semua jenis mercun terbabit dijual tanpa lesen yang sah," katanya.

Menurutnya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Lelaki yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil," katanya.

Artikel Berkaitan: