Tempahan Aidilfitri musnah terbakar

Nor Hidayati mengambil gambar kedainya yang musnah dalam kebakaran, pagi tadi.
Nor Hidayati mengambil gambar kedainya yang musnah dalam kebakaran, pagi tadi.
A
A
A
PUCHONG - "Segala tempahan jahit untuk sambutan Aidilfitri musnah dan tak dapat diselamatkan".

Demikian kata seorang mangsa, Nor Hidayati Azmi, 37, yang masih bersedih dengan kebakaran yang memusnahkan kedainya di Uptown Puchong Permai, hari ini.

Katanya, antara yang musnah adalah langsir pelanggan, tudung untuk dijual sempena Hari Raya Aidilfitri, beg buatan sendiri dan kraftangan selain sebuah mesin jahit.

"Saya baru masukkan stok ke kedai malam tadi. Tak sangka sekelip mata semuanya musnah.

"Mujur saya bawa balik satu mesin jahit malam tadi untuk sambung urusan menjahit di rumah," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Bercerita berkenaan kebakaran itu, Nor Hidayati berkata, dia hanya mengetahui kebakaran ini melalui ibu saudara yang menetap berhampiran lokasi kejadian, kira-kira jam 8.15 pagi.

"Rumah saya pun tak jauh dari kedai. 500 meter sahaja. Apabila saya lihat dari kawasan rumah, saya sudah lihat asap yang besar.

"Saya terus bergegas ke kedai tetapi tidak mampu untuk buat apa-apa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan: