Kontrak hadapan emas dijangka didagangkan tinggi

No Image Caption
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia derivatif dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan susulan dolar AS yang lemah, yang akan membantu meningkatkan sentimen ke atas logam berharga itu di seluruh dunia.

Bercakap kepada Bernama, seorang peniaga berkata dolar akan meneruskan penyusutan minggu depan berikutan pendirian Rizab Persekutuan yang memihak kepada kadar faedah rendah, yang memberi gambaran bahawa kitaran kenaikan kadar faedah kini sudah berakhir.

Pada Rabu, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah selepas menaikkannya empat kali pada tahun lepas.

Untuk minggu singkat yang baru berakhir, pasaran niaga hadapan emas tempatan diniagakan lebih tinggi.

Berbanding Jumaat lepas, Januari 2019 mencatatkan 69 mata lebih tinggi kepada RM173.95 segram pada Khamis, manakala Februari 2019, Mac 2019 dan April 2019 masing-masing meningkat 40 mata kepada RM172.50, RM173.00 dan RM173.10 gram.

Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat sempena cuti umum Hari Wilayah Persekutuan.

Jumlah dagangan mingguan kekal sifar, manakala minat terbuka ditambat pada 23 kontrak.- Bernama

Artikel Berkaitan: