Remaja tunggang motosikal maut dilanggar kereta

Keadaan kereta yang remuk akibat kemalangan di Kilometer 36.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi hari ini.
Keadaan kereta yang remuk akibat kemalangan di Kilometer 36.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 36.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan pada jam 7.55 pagi tadi dipercayai berlaku semasa remaja berusia 15 tahun itu yang menunggang motosikal sendirian menyeberang jalan secara tiba-tiba.

"Motosikal remaja tersebut cuba menyeberang dari hentian Sungai Mai untuk ke Felda Papan Timur. Pemandu kereta Honda Accord dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa.

Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 36.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Kota Tinggi hari ini.
Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 36.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Kota Tinggi hari ini.

"Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lelaki yang memandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kawasan berlaku kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Kilometer 36.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini hari ini.
Kawasan berlaku kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Kilometer 36.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini hari ini.

Beliau berkata, ujian air kencing ke atas pemandu kereta tersebut didapati negatif.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000.

Artikel Berkaitan:

"Ini termasuk hilang kelayakan memegang lesen memandu jika sabit kesalahan. Remaja itu pula tidak memiliki lesen menunggang motosikal," katanya.