UMANY: Lelaki rakam operasi polis dituduh esok

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang ditahan kerana menghalang tugas polis dengan merakam operasi serbuan di sebuah rumah di Petaling Jaya pada 7 November lalu akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat Peguam Negara hari ini.

"Pertuduhan terhadap lelaki terbabit akan ditetapkan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana mengingkari suatu perintah yang diisytihar oleh penjawat awam.

"Pertuduhan akan dibuat pada jam 10 pagi di Mahkamah Petaling Jaya esok," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, lelaki berusia 24 tahun itu merakam visual tersebut dengan telefon bimbit dan menyiarkannya menerusi Facebook Live membabitkan operasi polis bagi kes melibatkan Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY).

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) JSJ Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menjalankan siasatan terhadap Presiden UMANY mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan kontroversi mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong.

Universiti Malaya dilaporkan akan menjalankan siasatan berhubung satu hantaran di laman Facebook yang dimuat naik UMANY bertajuk ‘Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara'.

ARTIKEL BERKAITAN:UMANY mohon maaf kepada Agong

Kes UMANY: Yan Ke ditahan ganggu tugas polis

Lelaki ditahan halang tugas penjawat awam

Artikel Berkaitan: