[DIKEMAS KINI] AADK mahu ketum masuk dalam pindaan Akta Racun 1952

AADK meminta kerajaan membuat pindaan terhadap akta sedia ada dengan menyenaraikan aktiviti penanaman ketum sebagai perkara yang menyalahi undang-undang serta termaktub dalam Akta Racun 1952.
AADK meminta kerajaan membuat pindaan terhadap akta sedia ada dengan menyenaraikan aktiviti penanaman ketum sebagai perkara yang menyalahi undang-undang serta termaktub dalam Akta Racun 1952.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) meminta kerajaan membuat pindaan terhadap akta sedia ada dengan menyenaraikan aktiviti penanaman ketum sebagai perkara yang menyalahi undang-undang serta termaktub dalam Akta Racun 1952.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, buat masa ini, tidak dinyatakan aktiviti penanaman tumbuhan berkenaan termasuk dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang berbeza dengan memiliki, memproses, menjual atau meminumnya.

Menurutnya, ketika Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang Julai lalu, Menteri Dalam Negeri bersetuju supaya dua jawatankuasa kerja teknikal dibentuk.

“Satu, jawatankuasa mengikut undang-undang iaitu memperincikan isu berkaitan kesalahan menanam ketum dan kedua, jawatankuasa yang melihat faedah ketum, (jika ada) mengikut kontak perubatan dan industri.

“Kedua-dua jawatankuasa ini sedang berjalan dan saya percaya dalam masa terdekat laporan lengkap mengenai perkara itu akan diterima,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Kempen Ikon Antidadah di sini hari ini.

Zulkifli (empat, kiri) bersama barisan artis ketika Majlis Pelancaran Kempen Ikon Antidadah di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.
Zulkifli (empat, kiri) bersama barisan artis ketika Majlis Pelancaran Kempen Ikon Antidadah di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Dr Sabri Zainuddin Zainul dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi.

Selain itu, katanya, AADK juga berharap kerajaan dapat meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) kepada Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substance termasuk ketum dan gam.

Artikel Berkaitan:

"Secara dasarnya, Menteri sudah bersetuju cuma ketika ini ia masih dalam fasa memperhalusi dengan Jabatan Peguam Negara, malah AADK sudah membuat libat urus dengan agensi-agensi utama.

“Akhir sekali ia akan dibawa ke Kabinet dan saya jangka perkara ini akan dibentang ke sidang Parlimen akan datang, mungkin selewat-lewatnya Mac tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, bagi menjayakan kempen berkata, AADK bekerjasama dengan Seniman dengan melantik enam artis iaitu Kumpulan Floor 88, Aiman Tino, Keena Mentor, Izzmad Harun, Elisya Sandha dan Hafiz Nafiah.

"Pelantikan ini bertujuan membantu AADK dalam menyebarkan mesej mengenai bahaya dadah kepada kumpulan sasar terutama golongan belia," katanya.