Erdogan ucap tahniah kepada Biden

Erdogan (kanan) mengucapkan tahniah kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (kiri) kerana memenangi pilihan raya Presiden negaranya. - Foto AFP
Erdogan (kanan) mengucapkan tahniah kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (kiri) kerana memenangi pilihan raya Presiden negaranya. - Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam mengucapkan tahniah kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kerana memenangi pilihan raya Presiden AS.

Semasa mengucapkan tahniah itu, Erdogan turut mencadangkan supaya hubungan lebih rapat antara kedua-dua anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu diwujudkan.

Ucapan itu dibuat selepas tiga hari media AS menyiarkan berita tentang kemenangan Biden.

Sebelum ini, Erdogan mempunyai hubungan rapat ketika era pemerintahan Presiden AS, Donald Trump.

Presiden Turki itu juga menghantar mesej kepada Trump dengan menyatakan tidak kira bagaimana keputusan rasmi diperakui, beliau mahu melahirkan ucapan terima kasih kerana hubungan mesra semasa pemerintahannya selama empat tahun.

Bagaimanapun, Ankara dan Washington mengalami ketegangan di bawah pemerintahan Trump, termasuk sokongan AS ke atas militia Kurdistan Syria.

Turki pula menganggap militia Kurdistan itu sebagai ancaman keselamatan yang membimbangkan.

Erdogan memberitahu Biden bahawa beliau mahu 'memperkukuhkan' hubungan dengan AS.

Artikel Berkaitan:

"Saya mengucapkan tahniah kepada anda berhubung kejayaan anda dalam pilihan raya dan membawa hasrat ikhlas saya untuk keamanan serta kebajikan rakyat AS," kata Presiden Turki tersebut dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh pejabatnya. - AFP