Nahas helikopter: 21 saksi beri keterangan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis merakam keterangan 21 saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian helikopter terhempas di Taman Melawati Ahad lepas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamed Farouk Eshak.

Beliau berkata, Isnin lepas pula sepasukan polis daripada bahagian Forensik Bukit Aman telah ke hangar Sistematic Aviation Services (SAS) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang untuk membuat pemeriksaan lanjut ke atas bangkai helikopter yang terhempas.

Menurutnya, ia merupakan proses bagi melengkapkan siasatan laporan kematian mengejut mangsa nahas itu dan beliau seterusnya menasihatkan orang ramai agar tidak mengedar video atau gambar berkaitan insiden itu di media sosial, bagi mengelakkan spekulasi dan komen yang tidak wajar serta mengganggu siasatan.

“Pihak polis Ampang Jaya juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini untuk tampil ke IPD Ampang Jaya bagi membantu siasatan atau menghubungi 03-4289 7343 atau 03-4289 7344 bagi menyalurkan maklumat,” katanya dalam kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Dua maut helikopter terhempas

[VIDEO] 'Kami kenal jam arwah pakai'

Nahas udara itu melibatkan dua helikopter jenis G2CA (9M-HCA and 9MHCB) yang dipercayai sedang menjalani latihan penerbangan ketika berlanggar di udara setelah berlepas dari LTSAAS dengan setiap pesawat membawa dua orang.

Artikel Berkaitan:

Sekitar tengah hari Ahad, sebuah daripada helikopter itu terhempas dan meragut nyawa bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia Mohamed Sabri Baharom, 56, dan ahli perniagaan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41.

Dua mangsa terselamat ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51, yang menaiki sebuah lagi pesawat selepas berjaya melakukan pendaratan cemas di padang sebuah sekolah di Taman Melawati. - Bernama