Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Nahas helikopter dalam kejadian di Taman Melawati di sini, hari ini. -Foto Sinar Harian MOHD IZARI ROSLI
Nahas helikopter dalam kejadian di Taman Melawati di sini, hari ini. -Foto Sinar Harian MOHD IZARI ROSLI
A
A
A

AMPANG - Seorang bekas tentera laut antara dua mangsa yang maut akibat nahas helikopter dalam kejadian di Taman Melawati di sini, hari ini.

Selain bekas tentera laut itu, Leftenan Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56, seorang lagi mangsa yang maut ialah Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41 manakala mangsa yang cedera ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 56.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihaknya selepas menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 12 tengah hari membabitkan kemalangan dua buah helikopter.

"Sampai di lokasi didapati sebuah helikopter terhempas di kawasan sebuah sekolah manakala sebuah lagi di kawasan berhampiran yang dinaiki mangsa yang maut terbabit.

"Bagaimanapun, dua lagi mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dua buah helikopter yang dipandu Mohd Sabri dan Ahmad Johari itu berlepas dari Subang ke Genting Sempah. Katanya, helikopter berkenaan merupakan milik daripada syarikat yang sama iaitu My Heli Club.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kita masih menunggu laporan daripada pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami kenal jam arwah pakai'

BSKU mulakan siasatan nahas helikopter: MOT

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Dua maut helikopter bertembung, terhempas

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Esha ketika ditemui media. -Foto Sinar Harian MOHD IZARI ROSLI
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Esha ketika ditemui media. -Foto Sinar Harian MOHD IZARI ROSLI