X

Kindly register in order to view this article
!

Kementerian pantau lokasi tanah runtuh

Shamsul Anuar
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan terus membantu pihak berkuasa tempatan dalam memantau kestabilan cerun kawasan The Banjaran Hotspings Retreat, Tambun.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam kenyataan hari ini berkata, berdasarkan siasatan awal JMG, anggaran keluasan runtuhan adalah 5,000 meter persegi melibatkan ketinggian 50 hingga 100 meter.

“Siasatan mendapati, terdapat aliran air yang keluar dari beberapa retakan yang terdapat pada sepanjang muka cerun yang menghadap ke deretan vila The Banjaran Hostsprings Retreat.

“Penilaian lapangan JMG mendapati cerun yang mengalami runtuhan masih belum stabil dan runtuhan kecil masih berlaku,” katanya.

Menurutnya terdapat juga beberapa blok batuan yang tergantung bersaiz antara lima hingga 10 meter di lokasi kejadian yang berisiko untuk runtuh pada bila-bila masa.

“Semua pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan pihak JMG akan terus memberi khidmat nasihat keselamatan dan perancangan pembangunan di lereng-lereng bukit selaras dengan garis panduan penentuan zon bahaya di sekitar bukit batu kapur (JMG.GP.15),” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua dikhuatiri terperangkap tanah runtuh

[VIDEO] Mangsa terperangkap tanah runtuh ditemukan

[VIDEO] Identiti dua mangsa tanah runtuh di Tambun dikenal pasti

Pada 10 November sekitar jam 1 pagi, sebuah vila di sebuah resort pelancongan The Banjaran Hotspings Retreat, Tambun telah tertimbus runtuhan tanah ekoran hujan lebat melebihi daripada biasa di sekitar kawasan Tambun dan Ulu Kinta pada sebelah petang dan malam 9 November.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan identiti dua mangsa yang ditemukan maut tertimbus ialah mangsa lelaki dikenali sebagai Ooi Chee Wei, 39, dan mangsa wanita ialah Lee Tze Juin, 32.

Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur berada di Perak kerana bekerja.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!