Trump tak mengaku kalah memalukan, kata Biden

Biden diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden 2020 selepas menewaskan Trump.
Biden diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden 2020 selepas menewaskan Trump.
A
A
A

WILMINGTON - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam menganggap tindakan Presiden AS, Donald Trump yang tidak mahu mengaku kalah dalam pilihan raya Presiden adalah sesuatu yang memalukan.

"Saya hanya berpendapat ia adalah sesuatu yang memalukan," kata Biden apabila ditanya apakah pandangannya tentang Trump ekoran beliau tidak mahu mengaku kalah dalam pilihan raya Presiden pada 3 November lalu.

"Saya berpendapat ia tidak akan membantu warisan kepresidenan," kata Biden kepada para pemberita di rumahnya di Wilmington, Delaware.

Seminggu selepas pilihan raya Presiden AS, Trump masih membisu di Rumah Putih sebaliknya mengubah realiti dengan mendakwa beliau akan memenangi jawatan itu.

Beliau juga memfailkan tuntutan undang-undang dengan mendakwa berlaku penipuan undi dan setakat ini hanya disokong dengan bukti yang lemah.

Dalam pada itu, Biden tidak mempedulikan tindakan Trump.

Parti Demokrat memberi isyarat bahawa walaupun terdapat percubaan Trump daripada parti Republikan untuk menjejaskan peralihan kuasa, Biden masih lagi merupakan Presiden yang sedang menunggu masa untuk memulakan tugasnya.

Biden juga telah bercakap dengan beberapa pemimpin antarabangsa antaranya ialah Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin.

Artikel Berkaitan:

Majlis angkat sumpah jawatan Biden ialah pada 20 Januari tahun depan.

Trump tidak hanya gagal untuk menjemput Biden daripada parti Demokrat untuk berbual dengannya di Pejabat Oval, Rumah Putih.

Kira-kira empat tahun lalu, Trump memperoleh kemenangan mengejut apabila menewaskan bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton dalam pilihan raya Presiden dan mengunjungi Rumah Putih buat pertama kalinya sebagai tetamu kepada Barack Obama daripada parti Demokrat yang ketika itu ialah Presiden AS.

Kunjungan itu adalah bagi meneruskan tradisi bakal Presiden AS yang telah memenangi pilihan raya Presiden dan sebagai menghormati peralihan kuasa di negara itu.

Setakat ini aktiviti Trump yang diketahui hanyalah bermain golf di luar Rumah Putih, Washington D C pada hujung minggu lalu selepas keputusan pemenang pilihan raya Presiden diketahui. - AFP