10 nahas tragis helikopter di Malaysia

Bangkai helikopter Nuri yang terlibat dalam nahas udara di Sipitang, Sabah pada 1997.
Bangkai helikopter Nuri yang terlibat dalam nahas udara di Sipitang, Sabah pada 1997.
A
A
A

SHAH ALAM - Tragedi helikopter terhempas sehingga meragut dua nyawa di Taman Melawati, Ampang kelmarin sememangnya mengejutkan ramai.

Video-video yang tular menyebabkan insiden tersebut menarik perhatian rakyat Malaysia.

Berikut 10 nahas tragis melibatkan helikopter yang pernah berlaku di Malaysia.

14 November 1989

Lokasi: Gunung Gerah, sempadan Kelantan-Perak

Jenis helikopter: Sikorsky S-61A-4 (Nuri) milik Tentera Udara Diraja Malaysia

Mangsa: 21 maut

29 November 1995

Lokasi: Laut Semarang, Sabah

Jenis helikopter: Bell 412 SP

Mangsa: 11 maut (dua mayat tidak ditemui hingga kini)

14 Jun 1996

Lokasi: Kawasan perindustrian Sri Damansara, Kuala Lumpur

Jenis helikopter: Bell Long Ranger IV

Mangsa: Lima maut (Kerja-kerja pemasangan menara pemancar Maxis2)

Mac 1997

Lokasi: Kuala Lipis, Pahang

Jenis helikopter: Agusta A109E

Mangsa: Tiga maut termasuk Pengerusi DRB-Hicom Malaysia, Tan Sri Yahya Ahmad dan isteri, Puan Sri Rohana Othman

Serpihan helikopter Agusta A109E yang dinaiki Yahya Ahmad dan Rohana ditemui di Kuala Lipis, Pahang. Helikopter didakwa meletup di udara ketika mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu.

Artikel Berkaitan:

19 Mac 1997

Lokasi: Sipitang, Sabah

Jenis helikopter: Sikorsky S-61A-4 (Nuri)

Mangsa: 11 maut, dua helikopter terhempas

12 Julai 2004

Lokasi: Bario, Sarawak

Jenis helikopter: Bell 206 Long Ranger

Mangsa: Tujuh maut termasuk Menteri Muda Sarawak, Dr Judson Sakai Tagal

Bangkai helikopter Bell 206 Long Ranger yang meragut nyawa Dr Judson Sakai ditemui di kawasan hutan Bario, Sarawak selepas hilang pada 12 Julai 2004 meninjau lokasi pembinaan projek empangan hidro-elektrik baharu di Sarawak.

13 Julai 2007

Lokasi: Genting Sempah, Pahang

Jenis helikopter: Sikorsky S-61A-4 (Nuri)

Mangsa: Enam maut

Tiga anggota tentera berusaha mengeluarkan mayat mangsa nahas helikopter Nuri di Genting Sempah, Pahang pada 2007.
Tiga anggota tentera berusaha mengeluarkan mayat mangsa nahas helikopter Nuri di Genting Sempah, Pahang pada 2007.

19 Julai 2012

Lokasi: Sungai Lingga, Sri Aman Sarawak

Jenis helikopter: Eurocopter EC120

Mangsa: Tiga maut, satu selamat (juruterbang berbangsa Jerman)

4 April 2015

Lokasi: Semenyih, Selangor

Jenis helikopter: Eurocopter AS365

Mangsa: Enam maut, termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis

Seorang ahli bomba mengawal kebakaran bangkai helikopter Eurocopter AS365 yang terhempas di Semenyih, Selangor sehingga mengorbankan nyawa Jamaluddin pada 2015.
Seorang ahli bomba mengawal kebakaran bangkai helikopter Eurocopter AS365 yang terhempas di Semenyih, Selangor sehingga mengorbankan nyawa Jamaluddin pada 2015.

5 Mei 2016

Lokasi: Batang Lupar, Sarawak

Jenis helikopter: Eurocopter AS350

Mangsa: Enam maut termasuk Ahli Parlimen Sungai Besar, Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad

Anggota bomba mengangkat serpihan helikopter Eurocopter AS350 yang ditemui di Sungai Batang Lupar, Sarawak. Nahas turut enam penumpang termasuk Wan Mohammad serta Noriah dan suaminya, Asmuni Abdullah.