Letak jawatan gara-gara lantang terhadap Biden

Mart Helme
Mart Helme
A
A
A

TALLINN - Menteri Dalam Negeri Estonia, Mart Helme meletak jawatan hari ini gara-gara menggelar Presiden ke-46 Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sebagai individu yang sangat 'tidak menyenangkan' hingga mencetuskan kemarahan para menteri di negara itu.

"Saya tidak buat perkara yang boleh bahayakan keselamatan negara ini," katanya selepas diberi amaran tegas atas tindakannya kerana negara Baltik masih bergantung dengan Washington untuk menjamin keselamatannya.

Terdahulu, pemimpin berhaluan kanan itu turut mendakwa keputusan Pilihan Raya Presiden AS 2020 kononnya dipalsukan.

"Jika Donald Trump hilang kuasa, Perlembagaan AS tidak lagi berkuat kuasa. Campur tangan negara asing telah membantu kemenangan Biden," katanya tanpa memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.

Susulan kenyataan provokasi itu, Menteri Pertahanan, Juri Luik berpendapat, ia telah menjejaskan keselamatan Estonia yang berjiran dengan Rusia dan boleh merosakkan hubungan penting dengan AS.

"Kenyataan beliau sangat jelas menjejaskan perjanjian pakatan pemerintah," tegasnya.

Sementara itu, Presiden Kersti Kaljulaid juga memberi amaran kenyataan Helme boleh menghancurkan hubungan dengan sekutu yang Estonia bergantung untuk jaminan keselamatan.

Difahamkan, Kaljulaid dan Perdana Menteri, Juri Ratas turut mengucapkan tahniah atas kemenangan Biden yang telah menewaskan Trump. - AFP

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Trump 'You're fired', Biden kini Presiden AS