X

Kindly register in order to view this article
!

Kamala Harris mulakan era baru pemberdayaan wanita

A
A

SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ucap tahniah kepada Senator California, Kamala Harris yang mencatat sejarah tersendiri dalam sistem pemerintahan Amerika Syarikat (AS) apabila dinobatkan sebagai wanita pertama dilantik sebagai Naib Presiden negara itu.

Zuraida berkata, kejayaan Kamala Harris membuktikan bahawa ‘tidak ada gunung yang terlalu tinggi dan tidak ada lautan yang terlalu dalam’ bagi seorang wanita mencapai apa sahaja yang diimpikan.

“Sebagai wakil Presiden terpilih, anda (Kamala Harris) memegang kunci untuk membangun permulaan era baharu pemberdayaan wanita ini dan membawa kedamaian serta kesejahteraan kepada masyarakat global.

“Anda adalah inspirasi kepada dunia dan saya berharap dapat bekerjasama dengan anda untuk berkongsi visi sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamala Harris wanita pertama Naib Presiden AS

Kamala Harris, 56, diisytiharkan sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu bergandingan dengan Joe Biden sebagai presiden baharu.

Beliau yang mempunyai darah Asia Selatan, India dan Jamaica juga akan menjadi wanita pertama yang mempunyai darah campuran menjadi Naib Presiden.

Sambil menyifatkan kejayaannya adalah kemenangan kepada golongan wanita, Kamala Harris percaya pemilihannya menduduki kerusi kedua tertinggi negara itu bukan sesuatu yang mustahil untuk berlaku.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!