Belanjawan 2021: Muhyiddin bersiaran malam ini

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin akan bersiaran langsung secara eksklusif bagi mengupas perincian Belanjawan 2021 dan cabaran semasa di saluran televisyen tempatan pada jam 8.30 malam ini.

Menerusi poster makluman yang dimuat naik di Facebook rasmi Muhyiddin petang tadi, siaran langsung itu akan disiarkan di saluran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro Awani dan TV3.

Semalam Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat yang merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negara membabitkan peruntukan sebanyak RM322.5 bilion.

Posted by Muhyiddin Yassin on Friday, November 6, 2020

Artikel Berkaitan: