Isteri murung ditemui lemas dalam tasik

Seorang suri rumah lemas selepas keluar dari rumahnya di Indera Mahkota Mahkota dengan menunggang motosikal, di sini, semalam.
Seorang suri rumah lemas selepas keluar dari rumahnya di Indera Mahkota Mahkota dengan menunggang motosikal, di sini, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Seorang suri rumah ditemui lemas selepas keluar dari rumahnya di Indera Mahkota Mahkota dengan menunggang motosikal, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali pihak polis menerima panggilan daripada orang awam jam 7.29 pagi hari ini, menjumpai mayat seorang wanita di dalam tasik di Taman Bandar Indera Mahkota.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian mendapati mayat wanita itu terapung di tasik tersebut dan telah dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.

"Hasil siasatan awal terhadap saksi memberitahu bahawa mangsa telah keluar rumah pada jam 5 petang semalam dengan menaiki motosikal jenis Yamaha.

"Suami mangsa serta keluarga telah berusaha mencari mangsa di sekitar bandar Kuantan dan hari ini mayat isterinya telah dijumpai orang awam di dalam Tasik Taman Bandar Indera Mahkota," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini

Dalam pada itu, Mohamad Noor berkata hasil keterangan suaminya, Norshahriman Shahrom berkata dia dan isterinya, Sharifah Abdullah, 26 baru sahaja berkahwin hampir genap sebulan.

"Mangsa mengalami kemurungan kerana berlaku kemalangan pada tiga tahun yang lalu dan akibat itu dia telah mengalami tekanan.

"Pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa tidak menjumpai apa-apa kesan atau tanda-tanda berunsurkan jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Hasil bedah siasat oleh Pegawai Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr Norhafizol Abdul Halim mendapati sebab kematian adalah drowning (lemas)," katanya.