Kakitangan Majlis Bandaraya Seremban positif Covid-19

Seramai 262 kakitangan beberapa jabatan MBS diarah melaksanakan kuarantin selama 14 hari di rumah selepas salah seorang pekerja disahkan positif Covid-19. Gambar hiasan.
Seramai 262 kakitangan beberapa jabatan MBS diarah melaksanakan kuarantin selama 14 hari di rumah selepas salah seorang pekerja disahkan positif Covid-19. Gambar hiasan.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Datuk Bandar MBS, Datuk Zazali Salehudin berkata, sehubungan itu, atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban, seramai 262 orang kakitangan beberapa jabatan diarah melaksanakan kuarantin selama 14 hari di rumah.

"Mereka diminta jalani kuarantin bermula 5 sehingga 18 November ini. Antara jabatan terlibat ialah khidmat pengurusan, undang-undang dan penguatkuasaan, pembangunan masyarakat dan pelancongan dan unit letak kereta.

"Kakitangan yang terlibat perlu patuh kepada semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sentiasa berada di rumah dalam tempoh kuarantin selain memastikan mereka sentiasa boleh dihubungi,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Bagaimanapun katanya, premis MBS akan beroperasi seperti biasa dan keutamaan keselamatan warga bandar raya Seremban dan pelanggan MBS diberi keutamaan.

"Talian aduan MBS adalah ditutup buat sementara waktu bermula 5 sehingga 18 November ini dan aduan boleh dilakukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MBS, mbseremban.spab.gov.my dan aplikasi Respons Rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan: